Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:07 PM UTC, Apr 18, 2019

Hanya Kerana Tidak Memberikan Wang Yang Diminta, Dua Beradik Lelaki Berusia 18 Dan 31 Tahun Tergamak Mengugut Bapa Sendiri Menggunakan Pisau.

  • Published in Berita Semasa

KULIM - Hanya kerana tidak memberikan wang yang diminta, dua beradik lelaki berusia 18 dan 31 tahun tergamak mengugut bapa sendiri menggunakan pisau.

Bagaimanapun, tindakan tersebut membawa padah apabila mereka ditahan selepas lelaki berusia 60 tahun itu membuat laporan polis mengenai perbuatan durjana kedua-dua anaknya itu.

Kedua-dua suspek ditahan di rumah bapa mereka di Kampung Sekolah Merbau Pulas, Kuala Ketil, kira-kira pukul 6 petang semalam.

Polis turut merampas sebilah pisau sepanjang kira-kira 23 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Semakan mendapati, si abang mempunyai satu rekod lampau dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan manakala adiknya tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Hasil ujian saringan air kencing, kedua-dua suspek bagaimanapun negatif dadah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari semalam, kedua-dua suspek telah meminta wang daripada bapanya dan mengugut mangsa menggunakan sebilah pisau.

Kes disiasat dibawah Sesyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.