Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:41 PM UTC, Apr 18, 2019

Kempen Perangi Dadah Tunjuk Hasil Positif

  • Published in Berita Semasa

 

ROMPIN - Pelaksanaan kempen perangi dadah habis-habisan yang masuk tahun ketiga tahun ini, menunjukkan perkembangan positif.

Ia berdasarkan pengurangan zon berisiko tinggi di seluruh negara. 

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata,  hanya 87 kawasan masih dikategorikan sebagai zon merah,  berbanding 178 kawasan sebelum ini. 

Manakala, lima kawasan sudah dikategorikan sebagai hijau...iaitu kawasan paling kurang masalah dadah. 

86 kawasan lagi bertukar kepada zon kuning, atau kes dadah tidak lebih 30 peratus.