Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 3:13 PM UTC, Apr 18, 2019

Seorang Kanak-Kanak Perempuan Berusia Tujuh Tahun Berdepan Detik Cemas Menjadi Tebusan

  • Published in Berita Semasa

KULIM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berdepan detik cemas menjadi tebusan selama hampir enam jam oleh bapa saudaranya.

Suspek yang bersenjatakan pisau dipercayai berang selepas bapa mangsa yang juga abang iparnya enggan memberi tembakau rokok daun.

Kejadian berlaku di rumah keluarga mangsa di Taman Serai Wangi, Kulim, Kedah, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, polis yang tiba selepas menerima laporan daripada bapa mangsa cuba memujuk suspek supaya menyerah diri, namun suspek enggan berbuat demikian dan meminta wang tunai serta dadah.

Akibat pergelutan tersebut, seorang anggota polis mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan manakala mangsa turut cedera di leher dan belakang badan terkena pisau.

 Mangsa yang berada dalam keadaan lemah dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

 Suspek yang memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah akan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

((RTM KEDAH/FAKHRUL))