Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Insiden Jatuh Laut: Pemandu Kereta Toyota Vios Didakwa Esok

  • Published in Berita Semasa


BUKIT MERTAJAM -  Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang awal pagi 20 Januari lepas,  yang turut menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan Mazda CX-5 terhumban ke dalam laut, dan mengorbankan pemandunya,  akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata,  pemuda berusia 21 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam,  mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.