Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:59 PM UTC, Apr 18, 2019

22,640 Pemohon Terima Manfaat Program Mobile Ehsan JPN 2018.

  • Published in Berita Semasa

LANGKAWI - Sejumlah 22,640 pemohon dokumen pengenalan diri melalui program Mobile Ehsan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima manfaat pelaksanaan program tersebut di seluruh negara tahun lepas.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata Program Mobile Ehsan menguruskan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, sijil kelahiran khusus kepada golongan tidak bernasib baik seperti pesakit yang terlantar atau orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata program Mobile Ehsan turut dilaksanakan di kawasan pedalaman dan sukar untuk pemohon mendapatkan akses ke pejabat JPN.