Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Kanak-Kanak Digigit Anjing Dapat Dos Lengkap Vaksin Rabies

  • Published in Berita Semasa

IPOH - Kanak-kanak lelaki yang cedera digigit anjing ketika bermain dengan beberapa rakannya di Kampung Air Kuning, Ipoh, Khamis lalu, kini dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, Muhammad Raqib Rayyan Mohammad Nazri, 5 tahun, dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan.

Pejabat Kesihatan Daerah akan memastikan mangsa mendapat dos lengkap vaksin rabies.

Bulan lalu, mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama diwartakan sebagai kawasan jangkitan anjing gila atau rabies.