Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Kebakaran Di Gunung Baling Hampir Dipadam Sepenuhnya.

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR - Kebakaran di Gunung Baling yang berlaku sejak Rabu lalu hampir dipadamkan sepenuhnya dengan hanya satu titik kebakaran dikesan masih aktif.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Jamil Mat Daud berkata titik kebakaran itu yang dikesan di kawasan tengah gunung telah dipadamkan sebelum ini namun aktif kembali susulan cuaca panas dan angin kuat.

Katanya pihaknya akan cuba memadam titik kebakaran itu pada pagi ini sementara angin tidak kuat manakala titik kebakaran yang lain telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.