Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 3:15 PM UTC, Apr 18, 2019

Kapal Polaris Malaysia Dan Kapal Pengangkut Berdaftar Di Greece Bergesel Di Perairan Malaysia - KP Jab. Laut

  • Published in Berita Semasa

                                                                                           FOTO: Jabatan Laut Malaysia

KUALA LUMPUR - Kejadian sebuah kapal Malaysia, Polaris bergesel dengan kapal pengangkut pukal Piraeus berdaftar di Greece tengah hari ini berlaku di perairan Malaysia dan bukan Singapura.

Demikian menurut Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Datuk Baharin Abdul Hamid.

Katanya kejadian dalam kawasan perairan Pelabuhan Johor Bahru.

Jadi tidak timbul soal mencerobohi perairan Singapura.

Ditanya mengenai nasib Polaris dan krunya, Baharin berkata kesemua 23 kru dalam kapal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Wisma Putra berkata kejadian itu bagaimanapun, tidak mengganggu aliran trafik dan jauh dari kawasan Skim Pemisahan Trafik.

Katanya Jabatan Laut menasihatkan kapal dalam garisan sempadan Pelabuhan Johor Bahru yang dikesan di Perairan Wilayah Malaysia agar berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini di perairan berkenaan Kementerian juga melahirkan komitmen mereka untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memelihara integriti, kepentingan dan pelayaran selamat semua kapal di wilayah Malaysia.