Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Tiada hasrat ulang langkah tambat ringgit-PM

  • Published in Berita Semasa

Kuala Lumpur-Kerajaan tidak akan mengulangi langkah untuk menambat ringgit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, langkah itu akan menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat jika ia dilaksanakan.

Tindakan menambat ringgit sebelum ini katanya, telah menyebabkan pelabur dan dan pasaran global hilang keyakinan terhadap negara.

Kesannya, negara mengambil tempoh yang lama untuk meraih semula keyakinan tersebut dan melibatkan kos yang tinggi.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Invest Malaysia 2018.

Acara tahunan edisi ke 14 itu dianjurkan oleh Bursa Malaysia Berhad dan Maybank.

((SUMBER: RTM))