Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Syarikat Multinasional Yakin Terhadap Daya Tahan, Ekonomi Malaysia - Datuk Seri Najib

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR -Pelaburan dan langkah-langkah yang dirancang untuk meningkatkan kehadiran mereka yang diambil oleh syarikat multinasional mencerminkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia sejak setahun lalu,

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata institusi seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan banyak badan global terkemuka lain memuji pengurusan berhemat kerajaan dalam mengendalikan ekonomi.

Katanya mereka mengiktiraf daya tahan dan daya saingnya Malaysia telah dibina, untuk kebaikan rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran jongkong emas Demi Idaman Sdn Bhd di sini hari ini oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata syarikat antarabangsa dan modal asing memasuki negara ini pada kadar yang tidak dilihat sebelum ini.

((SUMBER:BERNAMA))