Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Kementerian Kesihatan Saran Wujud Klinik Senaman Di Setiap Daera

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menggesa bagi menubuhkan klinik senaman di setiap daerah sebagai usaha untuk mecegah Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang semakin meningkat.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ini sangat penting memandangkan dianggarkan 73 peratus daripada jumlah kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan NCD.

Katanya, terapi latihan menerusi klinik senaman berpotensi untuk mencegah NCD menerusi preskripsi jumlah senaman yang betul," katanya kepada Bernama.

Terapi senaman berpotensi untuk merawat dan mencegah empat NCD utama iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti dan dislipidemia, menerusi preskripsi terapi yang betul.

Terapi yang juga berpotensi dijadikan rawatan alternatif bagi perubatan konvensional mencegah NCD itu terbukti mampu menghasilkan banyak perubahan positif kepada tubuh badan manusia, jika dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

((SUMBER: BERNAMA ))