Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

3 Pusat Permindahan Banjir Di Kluang Di Buka Pagi Ini

  • Published in Berita Semasa

KLUANG – Seramai 348 orang daripada 82 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara, PPS di Kluang, Johor.

Dua PPS dibuka 9.00 pagi dan 10.15 malam tadi, manakala satu lagi PPS dibuka satu pagi tadi.

Menerusi kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kluang, kampung terjejas ialah Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air.

Banjir disebabkan hujan renyai berterusan dan paras air Sungai Benut yang melebihi aras bahaya.

Agensi keselamatan terlibat akan melakukan pemantauan berterusan.

((SUMBER:RTM JOHOR))