Monday, October 15, 2018
vital-top
updated 10:37 AM UTC, Oct 14, 2018

Cyber Games Mampu Jana Pendapatan Negara Pada Masa Depan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang untuk mengangkat 'cyber games' atau E-Sukan sebagai industri baharu dalam menjana pendapatan negara di peringkat benua Asia dan antarabangsa pada masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia sejajar dengan perkembangan industri tersebut yang menjadi ikutan bukan sahaja masyarakat antarabangsa malah di kalangan generasi anak muda yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan dan gaya hidup baru.

Justeru, beliau menyeru agar masyarakat mengambil peluang aktif dalam cyber games ini,'

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan edisi kedua Malaysia Cyber Games 2018 (MCG18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Pengasas Malaysia Book of Records (MBR), Tan Sri Danny Ooi dan Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Datuk Seri Najib berkata kerajaan sentiasa peka kepada kehendak dan keperluan anak muda  termasuk menerusi sokongan mempelbagaikan program berkaitan E-Sukan dengan lebih meluas lagi di negara ini.

Ia termasuk memahami kehendak genarasi muda dengan menerima perubahan dalam ekonomi digital dan Revolusi Keempat. termasuk gaya hidup baharu untuk orang muda.''

Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan pengiktirafan MCG18 dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjuran permainan video terbesar di negara ini dengan mempertandingkan sembilan permainan video dan penyertaan sebanyak 2,062 peserta.

MCG18 dianjurkan Suara Anak Muda 1Malaysia dan Briged Kesatria yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 300,000 yang mana peserta perlu berentap dalam sembilan permainan video popular selama dua hari bermula semalam.

Permainan video yang dipertandingkan adalah Counter Strike GO, Dota 2, FIFA 2018, Street Fighter, Mobile Legends, Tekken 7, Player Unknown Battleground (PUBG), Justice League 2 dan F1 2017 Racing.

((SUMBER:BERNAMA))