Monday, October 15, 2018
vital-top
updated 10:37 AM UTC, Oct 14, 2018

Perkembangan Terkini Banjir Di Pahang Tengah Hari Ini

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR-Perkembangan banjir di Pahang.

Setakat jam 12 tengah hari ini, penduduk terjejas banjir mencatatkan sedikit penurunan dengan seramai seribu 646 orang daripada 422 buah keluarga berbanding seribu 658 penduduk daripada 425 keluarga 10 pagi tadi.

Kesemua mereka dipindahkan ke 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan 3 daerah iaitu Pekan, Kuantan dan Rompin.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, daerah Raub pulih sepenuhnya daripada banjir apabila sebuah pusat pemindahan di masjid kuala semantan yang menempatkan 9 penduduk ditutup pada 10 pagi tadi.

Sementara itu, Daerah Pekan masih menjadi daerah terjejas paling ramai iaitu seribu 299 orang daripada 326 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.

Diikuti Rompin seramai 294 orang daripada 81 keluarga dipindahkan ke 4 PPS dan daerah Kuantan pula seramai 53 orang daripada 15 keluarga di dua PPS.

((SUMBER: PORTAL INFO BANJIR JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT))