Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Label BAGAN DATUK ORI Tingkat Daya Tarikan Produk di Pasaran-Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

  • Published in Berita Semasa

PERAK - Semua produk yang dikeluarkan di daerah Bagan Datuk, Perak akan diletak label khas “Bagan Datuk Ori” pada pembungkusannya sebagai penjenamaan produk-produk tersebut.

Ia sebahagian usaha memperkenal dan mempopularkan produk dan jenama berkenaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk mempromosikannya sebuah tempat jualan khas akan diwujudkan di daerah berkenaan.

Inisiatif itu bertujuan memastikan semua produk keluaran Bagan Datuk lebih dikenali ramai.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Lawatan Kerja di Kilang QL Foods Sendirian Berhad di Hutan Melintang.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut beramah mesra dengan masyarakat dan pekerja serta meninjau kawasan kilang tersebut.

((SUMBER:RTM PERAK))