Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Mahkamah Khas Kendali Isu Pemerdagangan Manusia Akan Diwujudkan – Tun Raus

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Sebuah mahkamah khas untuk mengendalikan isu pemerdagangan manusia akan diwujudkan tahun ini, dimulakan dengan Klang, Selangor, kata Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.

Projek perintis itu akan bermula pada Mei atau Jun manakala mahkamah sama di beberapa lokasi lain akan diwujudkan secara berperingkat, juga pada tahun ini, masing-masing di Ipoh , Melaka, Muar , Kota Kinabalu dan Balik Pulau, katanya.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan mahkamah khas itu, yang akan dikendalikan oleh seorang hakim Mahkamah Sesyen, khusus untuk mendengar dan membuat keputusan kes berkaitan pemerdagangan manusia oleh kerana statistik menunjukkan peningkatan mendadak kes seperti itu.

((BERNAMA))