Wednesday, December 19, 2018
vital-top
updated 11:42 AM UTC, Oct 16, 2018

Indonesia Beri Jaminan Bebaskan Nelayan Malaysia - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

  • Published in Berita Semasa

JAKARTA-Indonesia hari ini memberi jaminan untuk membebaskan enam nelayan Malaysia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara itu.

Jaminan itu dinyatakan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti dalam pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya proses membebaskan nelayan terbabit bermula hari ini dan mereka  dibebaskan secara berperingkat dan dijangka selesai selewat-lewatnya Februari nanti.

Bagaimanapun beberapa prosedur tertentu perlu dipertimbangan kedua-dua negara.

Ia termasuk dari segi pentadbiran, undang-undang termausk proses membebaskan nelayan terbabit dari pusat tahanan.

Katanya, Malaysia juga turut komited untuk turut membebaskan nelayan Indonesia yang ditahan kerana menceroboh perairan Malaysia.

Di Malaysia juga perlu melalui proses yang sama  iaitu termasuk  

Katanya lagi,  nelayan Indonesia yang ditangkap  bersedia dilepaskan manakala sebahagiannya sedang menjalani hukuman sehingga Januari, dan selebihnya berakhir Februari ini

Proses pembebasan yang akan dilaksanakan itu adalah hasil persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12 di Kuching, Sarawak pada November 2017.

Enam nelayan Malaysia yang ditahan itu ialah Low Siong Huat, 59, yang kini ditahan di penjara Tanjung Pinang; Chua Kee Chan, 63, ditahan di penjara Labuhan Deli, Medan; Mahabob Hasimat, 55, ditahan di penjara Tanjung Pinang; Leong Bian Seng, 61, ditahan Batam; Abdul Rashid Nik, 53, ditahan di Lanal Tarempa dan Kamaruzaman Awi, 47, ditahan di Lanal Tarempa.

((SUMBER: BERNAMA))