Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Menteri Dalam Negeri Tidak Beri Arahan - TPM

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan memberi arahan kepada Jabatan Penjara untuk tidak membenarkan kehadiran Tun Mahathir ke Hospital Rehabilitasi Cheras dengan hasrat menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sebaliknya merupakan prosedur dan pertimbangan yang dibuat oleh Jabatan Penjara berhubung sesuatu lawatan khas antara banduan dan pihak tertentu. 

Beliau ditemui selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar pula berkata pihaknya serta Penjara Sungai Buloh juga tidak pernah menerima permohonan daripada Tun Dr. Mahathir atau pihak beliau bagi menemui Dato' Seri Anwar Ibrahim.

 

Sumber : BERITA RTM