Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Lawatan PM Ke Arab Saudi Atas Jemputan Raja Salman - Pejabat PM

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR – Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia pada tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, rombongan Perdana Menteri turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bonda Perdana Menteri Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu lagi, adik-adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan berkenaan telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci.

Nama anggota keluarga dan kenalan Perdana Menteri itu dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program menunaikan ibadah umrah.

((BERNAMA))