Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Semua Pihak Perlu Proaktif Bendung Masalah Sosial Dalam Kalangan Generasi Muda-Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR-Usaha membendung isu keruntuhan akhlak serta masalah sosial dalam kalangan generasi muda. 

Semua pihak perlu bertindak lebih proaktif dengan mewujudkan jaringan kerjasama dengan semua pihak di peringkat negeri dan daerah. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan terkini perlu dilaksanakan bagi mewujudkan program berimpak tinggi yang memberi kesan terhadap usaha pencegahan. 

Tegasnya, isu penyalahgunaan dadah dan pembabitan dalam gejala sosial harus diberi perhatian oleh semua pihak. Ini kerana isu penyalahgunaan dadah, punca utama kenaikan kadar jenayah di negara ini. 

Beliau berucap dalam Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah di Ibu Negara

((SUMBER: BERITA RADIO))