Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Perkembangan Banjir Terkini di Pahang

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR-Banjir di Pahang. Sehingga pukul 8 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas semakin berkurangan iaitu masih kekal 418 orang daripada 116 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Berdasarkan portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua penduduk terjejas, ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Enam pusat pemindahan masih beroperasi di Daerah Pekan, menempatkan 301 penduduk.

Di Maran, terdapat 43 penduduk terjejas, masih ditempatkan di dua Pusat pemindahan. Manakala Di Bera, hanya dua pusat pemindahan masih beroperasi, menempatkan 74 penduduk terjejas banjir.

Manakala di Perak, 61 orang dari daerah Larut, Matang dan Selama berada di satu pusat pemindahan.

Sementara itu di Johor pula, hanya 10 orang berada di satu pusat pemindahan di daerah Segamat.

SUMBER: PORTAL INFOBANJIR JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT