Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

PADU Di Landasan Tepat Pacu Inisiatif PPPM

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Keberkesanan Unit Prestasi dan Pelaksanaan Pendidikan (PADU) dalam memacu semua inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mula mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif PADU, Khadijah Abdullah berkata kejayaan meraih Anugerah Pengurusan Projek (APM) Mike Nichols untuk Inspirasi 2017 di London, 20 Nov lepas membuktikan unit yang ditubuhkan bagi menyokong Kementerian Pendidikan (KPM) dalam pelaksanaan PPPM itu berada di landasan yang betul dalam menjayakan tanggungjawab yang diamanahkan kerajaan.

Beliau berkata kejayaan itu harus dikongsi bersama oleh seluruh warga kementerian pendidikan, khususnya guru-guru di 10,000 sekolah yang memberi sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda transformasi pendidikan yang direncana kementerian.

"Kejayaan berprestij ini diraih selepas Mike Nicholas begitu teruja dan sangat terinspirasi dengan usaha KPM dalam mentransformasi sektor pendidikan secara besar-besaran.

"Anugerah ini juga diberikan khas atas keupayaan kementerian mengurus sektor pendidikan negara yang begitu kompleks sehingga mendorong negara lain mempelajari apa yang dirancang dan dilaksanakan kementerian," katanya pada sidang media semalam.

(Sumber - Bernama)