Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Teks Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak Pada Umno 2017

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Berikut adalah teks penuh ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bertajuk 'UMNO:PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI KESEJAHTERAAN NEGARA BANGSA' pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

BAHAGIAN I : MUKADIMAH

lhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nastain.

1. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan.

2. Lalu, diseru ke atas orang yang beriman bagi mengucapkan; Allahumma Solli Ala Sa iyy i - dina Muhammad, Wa a'la A - li Sai yyi - dina Muhammad .

3. Pertama-tamanya, pada pagi yang penuh permai, 7 haribulan Disember 2017, bersamaan 18 Rabiul Awwal 1439 Hijriah, marilah kita mendoa kan agar majlis ini menjadi perhimpunan yang dirahmati dan penangguhannya nanti sebagai satu amal yang di berkati oleh Allah, mudah-mudahan.

4. Sehubungan itu, bagi kali yang Ke-68, kita berasa sungguh bersemangat,... melihatkan,...Pusat Dagangan Dunia Putra ini,... penuh sesak, dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun,... tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja, ... sampai amat merinding dan berdiri tegak!,...bulu roma,...bahawa,... semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita di kandung badan,... AKAN MARAK,...TERUS BERNYALA-NYALA,...

Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Saudara dan Saudari,

5. Sayugia ingin di alu-alukan, Ahlan Wa Sahlan , kehadiran keseluruhan 2,718 perwakilan dari 191 bahagian UMNO , seluruh negara, bermula dari Padang Besar , Perlis di sempadan Siam , membawa ke Penghujung Tanah Besar Asia di Tanjung Piai, Johor, sehingga ke Simpang Mengayau, at the tip of Borneo di Kudat dan Sandakan Sabah.

6. Sememangnya lagi, seperti yang dapat kita saksikan, perhimpunan hari ini ternyata sungguh berbeza,...auranya pun cukup luar biasa,...kerana, ... inilah satu persidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua.

7. Apatah lagi, akan dirakam sejarah,... dengan catatan rekod kehadiran paling banyak jumlah perwakilan, ahli dan para pemerhati serta orang ramai,..berbondong-bondong,...melimpah ke seluruh lantai - lantai P - W - T - C ini, dengan jumlah, yang dikhabarkan seramai lebih 30 ribu orang.

8. Lalunya, sampai buntang mata Saya, sejak dari awal, Saya sampai ke dewan ber-tawarikh ini, kerana,...menyaksikan betapa semaraknya, lautan merah warna perjuangan, sebagai simboliknya, akan terus berkibar kencang,... panji UMNO,... SANG SAKA BANGSA .

Saudara-Saudari,

9. Inilah,...perlambangan sebuah keyakinan bahawa,... Saya,...Najib Razak selaku PRESIDEN UMNO TIDAK BERSEORANGAN,...bermakna juga KEPIMPINAN KAMI YANG DI ATAS INI TIDAK BERSENDIRIAN,...

10. Sebabnya,...tanpa sokongan tuan-tuan, AHLI-AHLI TEGAR LAGI SETIA UMNO,... yang di dalam dewan ini,... waima,...di mana jua saudara berada, apalah ertinya, kami para pimpinan yang berada di atas ini.

11. Maksudnya, ... kalau sebeginilah petanda dan tamsil semangat yang dizahirkan oleh sosok-sosok para ahli dan orang - orang UMNO, ... Saya yakin dan penuh percaya bahawa ,...

12. UMNO akan terus malar dan segar, untuk hidup memimpin,... bukan sekadar 30 tahun mendatang , ... malah ,... InsyaAllah,... bagi tempoh SERIBU TAHUN LAGI!

13. Dengar baik - baik ,... saudara - saudari ku , ... panglima - panglima ,... wirawati - wirawati serta para hulubalang bangsa dan agama,...SE - ANDAINYA HARI INI,... ditiup kan semboyan,... seraya dipalu genderang perang ,... saya mahu bertanya, ...

14. Apakah kita semua sudah bersedia untuk ke medan juang .. BERSEDIAKAH KITAAAA BERSEDIAKAH KITAAAAA

Syukur,.... Alhamdulillah.... kalau itulah jawapannya.

15. Bahkan , pada 11 Mei lalu , ketika mana meraikan Ulang tahun UMNO yang ke - 71, di Stadium Bukit Jalil, .. pastinya ramai masih ingat , kita sama - sama memanjat doa, yang diaminkan pula oleh ratusan ribu ahli UMNO , memohon setulusnya ke hadrat Allah Hu Ta'ala agar, ...

Dilindungilah,... perjuangan parti UMNO ini,... Dirahmatilah,... segala usaha yang kita lakukan,.. . demi agama, bangsa dan negara,... serta Diberkatilah ,.. tanah tumpah bertuah ini.

16. Justeru,... kita terus merafak harapan membumbung kepada Yang Maha Penyayang,... biar pun burung - burung berhenti bersiulan, ... sekalipun bumi ini kontang tidak menghijau lagi, ... hatta alam sekeliling jadi membisu,... MOHON BARANG DIJAUHKANLAH OLEH TUHAN, SEBARANG MALA PETAKA, DARIPADA MENIMPA UMAT MELAYU BUMIPUTERA INI,...

17. Lantas, marilah kita beri tepukan sekuat-kuatnya , sebagai pembakar semangat bahawa, ... pertemuan hari ini bukan biasa-biasa, ... akan tetapi,...satu perkumpulan yang bakal diingat dan dikenang sebagai,... PENGHULU SEGALA PERHIMPUNAN .

18. Mustahaknya, mulai sekarang, OBOR 'PERANG' yang jamungnya telah mula berjulang, TI - DAK SE - SE - KALI BOLEH DIBIARKAN PADAM,... DEMAMNYA pula, TI - DAK AKAN KEBAH - KEBAH, melainkan ,... melainkan,... SELEPAS KITA MENANG BESAR DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE - 14 nanti . InsyaAllah .

Saudara dan Saudariku ,

19. Apa yang penting,...

Datang bukan sebarang datang,

Himpun tidak sebarang himpun,

Walau ribut kemarau pun panjang ,

Meski taufan datang bergulung.

Perang kali ini,... yang bergelar BAPA SEGALA PILIHAN RAYA, kita akan bertempur,...berlawan,... lawan habis - habisan!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

BAHAGIAN II : BERPIJAK DI ATAS REALITI DAN CABARAN SEMASA

Saudara-Saudaraku, Para Pejuang Bangsa Sekalian ,

20. Dalam keriuh - rendahan gelombang merah, dalam pada kita berasa asyik dan yakin dengan semangat yang berkobar - kobar, ... jika sedemikian getarannya , ... inilah detik - detik yang amat menyenangkan bagi kita semua .

21. Namun , pada masa yang sama, Saya ingin mengajak kita semua, untuk kembali BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA .

22. Walau apapun,... sebagaimana dipesan orang tua-tua , sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, kita harus sentiasa BERMUHASABAH DIRI DAN PARTI, menyorot serta MENAMPAR 'PIPI - PIPI' PERJUANGAN ini , seraya segera bangkit dari comfort zone , yang selama ini membikin kita alpa dan lalai.

23. Pucuk pangkalnya, dalam persidangan semustahak ini, kita tidak boleh setakat bercakap perkara manis-manis sahaja kerana, bak dipesan oleh Bapak Hamka, jika hidup ini antara pahit dan manis, maka perjuangan itu juga , antara kemenangan dan pengorbanan, antara keringat serta air mata.

24. Peri-pentingnya, ... ahli - ahli dan jentera parti, hendaklah selalu berwaspada dan berada dalam mode kesiap-siagaan kerana, ... tak berapa lama lagi, kita akan menempuh satu episod pilihan raya yang TERGENTING lagi BERKEMUNCAK cabarannya ,...

25. Bukan sahaja kepada bangsa Melayu Bumiputera , ... UMNO dan Barisan Nasional, ... Kestabilan serta Kedaulatan Negara, ... masa depan Syiar Islam ,... bahkan yang terpenting adalah, ... adalah NASIB ANAK CUCU KETURUNAN KITA, AGAR TIDAK MELARAT DEK UNTUNG, TERSUNGKUR MEREMPAT DI TANAH SENDIRI.

26. Itulah hakikatnya Saudara - Saudaraku, kita berada di celah-celah kekeruhan dan persimpangan percarian umat Melayu , yang ketika ini, sedang berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman politik dalam menentukan ARAH KOMPAS PERJUANGANNYA .

27. Justeru, kita patut berasa syukur serta bertuah kerana, dengan izin Allah Hu Ta'ala, masih lagi kekal berada dalam sebuah JEMAAH YANG KUKUH LAGI BERPADU, YAKNI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU,... UMNO!!

28. Realitinya UMNO telah terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih tangguh dan bertahan teguh, dalam membela kepentingan orang- orang Melayu Bumiputera serta rakyat Malaysia, dan kekal sebagai Petunjang Utama , kepada parti komponen Barisan Nasional.

29. Manakala, inilah detik - detik penentu rakyat Malaysia keseluruhannya, agar tidak tersasar ARAH KOMPAS HALA TUJU dalam menilai dengan matang, bukannya dengan emosi, apatah lagi terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak pembangkang di media-media sosial.

Sehubungan itu, Saudara dan Saudariku ,

30. Ketahuilah, untuk Amanat Presiden kali ke-9 ini, sebetulnya tidak mudah bagi saya,... sehinggakan Saya mengambil masa yang agak panjang untuk mena'kul secara serius , ... melalui siri-siri perbincangan , hati ke hati serta diskusi - diskusi percambahan minda yang mendalam lagi teliti,...

31. Bagi menentukan akan apakah intipati ucapan yang sewajarnya Saya sampaikan, dalam memenuhi amanah dan kedudukan ini.

32. Sebabnya,...Saya diingatkan berkali - kali dalam sesi - sesi perbincangan membikin ucapan ini bahawa,... dengan izin,... Today,... I shall speak not only in the inter st of my Duty as the President of UMNO , nor as the Chairman of Barisan Nasional, ... but ,... but above all,...

33. My Utmost and My Paramount responsibility at this very important juncture, as the Leader , yakni ,...

34. TUGAS DAN AMANAH, SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI, BUKAN SEKADAR KEPADA LEBIH 3 JUTA AHLI UMNO, ... MAHUPUN 7 JUTA AHLI BARISAN NASIONAL, ... TIDAK JUGA TERHAD KEPADA 69 PERATUS BUMIPUTERA, ... ISLAM MAHUPUN BUKAN ISLAM,...

35. Malah , ... malah,... yang tertanggung di atas dua pundak dan bahu Saya adalah , ehwal kepentingan sejumlah lebih 32 juta rakyat Malaysia , dengan tidak mengira kaum, ... latar keturunan , ... apapun fahaman , mahu pun agama .

36. Simpulannya, ... Saya ingin mengajak Saudara-Saudari berfikir masak-masak tentang , ... Pilihan raya Umum kali ini , ... is not just another General Election ,...

37. Kerana,... lebih termustahak daripada itu, ... jika kali ini, ... negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab , ... apa yang bapa-bapa terdahulu dan kita semua bina dengan segala susah payah selama ini, ... akan ranap dan musnah, ... hancur berkecai di depan mata .

Saudara - Saudari,

38. Oleh itu, ketahuilah , pilihan raya kali ini, meletakkan kita di satu persimpangan pemutus lagi monumental, sebabnya di tangan kita adalah pilihan, yang akan menjadi penentu kepada THE FATE OF THIS NATION.

39. Ternyata ini bukan soal main-mainan, sebabnya PERCATURAN PERJUANGAN kali ini, cukup serius dan TIDAK ADA TAWAR - MENAWARNYA LAGI .

40. Sesungguhnya , tidak terbayang oleh kita , mimpi ngeri dan nasib buruk yang bakal menimpa.

41. Pertamanya, sanggupkah kita membiarkan Agama Islam dan Syiarnya , diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini ,...?

42. Keduanya , tergamakkah kita , melihat kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia , bahkan akan didurhakai ,... manakala, Institusi-Institusi kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti MARA, FELDA, serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan ,...

43. Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan UMNO Bumiputera , yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja , sekiranya pihak lawan memerintah .

44. Sementelahan itu, seandainya pembangkang mengambil alih , Para Penjawat Awam , yang menjadi tulang belakang Kerajaan selama ini, semestinya.... tanpa lengah-lengah lagi, akan dikuncupkan jumlahnya ,...

45. Dan ,... sudah tentu sekali , kesumat pihak lawan, sejak sekian lama, terhadap keistimewaan orang - orang Melayu Bumiputera , sebagai leluhur jati di pertiwi ini, dari bangsa yang mulia lagi merdeka, akan dipijak - pijak maruah dan TERGADAILAH KEINDUKKANNYA,...

46. Bahkan , lebih buruk dari itu, AKAN MEREMPAT, DICELAKAKAN SEHINA- HINANYA, SEHINGGA TERBANGSAT DI TANAH AIR SENDIRI.

47. Maka itu , kita mesti lekas-lekas sedar bahawa, Perhimpunan Agung dan Pilihan raya kali ini, bukan hanya demi UMNO , tidak juga untuk Barisan Nasional,... namun,... TERPIKUL ATAS KITA SEMUA ,... MISI YANG AMAT BESAR,... bagi menentukan SURVIVAL yang sangat - sangat penting, ... yakni DESTINI masa depan umat serta negara keseluruhannya.

Saudara - Saudari, Rakan - Rakan Seperjuangan Dalam Keluarga Besar UMNO ku Sekalian,

48. Dari itu,... marilah kita sama - sama renungkan sejenak,... seandai dan sekiranya,... UMNO, Barisan dan Negara ini tumpas ke tangan lawan,....

Apakah mungkin kita dapat bertemu lagi di Dewan berkeramat ini pada masa akan datang ?

49. Masih terdengarkah lagi , gemanya Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad,...

SOL - LAL - LA H - HU , A'LAI - HI , WA SAL - LAM yang kita kasihi.

50. Mungkinkah dibenar berkumandangnya lagi lagu - lagu patriotik UMNO lambang bangsa bertuah ini ? Bolehkah panji - panji UMNO terus berkibar?

51. Mampukah kita menahan rasa sebak dan sedih di dada , apabila kita tidak lagi bisa berkumpul seperti ini , dalam satu keluarga besar sebagai adik beradik UMNO.

52. Masa itulah, .... baru kita mengerti ,... baru kita faham,... akan nikmatnya SEBUAH KESATUAN, mulianya hidup dalam perjuangan di bawah rimbunnya payungan Parti UMNO .

53. Tapi,... ketika itu, segalanya tidak bererti lagi , ... tamatlah sudah riwayat Melayu sejati, ... nobat dan nafiri pun tidak berbunyi lagi.

54. Pada waktu itu lah , apabila cucu - cicit keturunan kita bertanya, kenapakah kita KECUNDANG dan MEMBIARKAN SEMUA INI BERLAKU,...

55. Jawapannya,... hanyalah DENGAN RAUT WAJAH SEJUTA PENYESALAN, SAMBIL BERLINANGAN AIR MATA, kita hanya mampu berkata kepada mereka , ...

WAHAI ANAK CUCUKU,... AMPUNKAN,... AMPUNKANLAH,... DOSA - DOSA KAMI INI....

56. Lantas, ... Saudara - Saudari seperjuanganku sekalian ,... Saya pinta kepada kita semua, kalau kita tidak mahu semua itu terjadi ,...

Maka BERSUMPAH dan BERJANJILAH,... BERSETIA dan BERIKRARLAH,... bahawa,...

BIAR PETIR MENYAMBAR DI LANGIT,... HATTA BERTANGKUP LANGIT DAN BUMI,... SAMPAI KE TETESAN DARAH YANG TERAKHIR,... KERAJAAN INI TETAP KITA PERTAHANKAN,... TANAH AIR INI TIDAK BOLEH DIAMBIL LAWAN.

Saudara dan Saudari,

57. Jadi, apabila kita membicarakan tentang Arah Kompas Hala tuju atau Hak Rakyat Sebagai Pengundi pada setiap pilihan raya, Saya tidak mahu lagi ,... kita mengulangi kesilapan-kesilapan dan kelalaian-kelalaian ,... yang berlaku pada Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu .

58. Sedangkan, semua orang tahu, UMNO tidak lemah. Malah,... kita masih menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen . Namun, akibat permainan jelek pembangkang, kita telah menjadi mangsa 'POLITIK PERSEPSI' .

59. Inilah yang dinamakan PERANG PERSEPSI, di mana, kita hampir tewas akibat permainannya. Walaupun di sudut realiti dan faktanya, kita berada di landasan yang betul dan bersungguh - sungguh dalam berjuang, berbanding pembangkang yang penuh dengan sandiwara dan hanya pandai bermain wayang.

60. Satu perkara lagi yang perlu diperjelaskan di sudut ini, UMNO BUKANLAH PARTI BERSIFAT RASIS. Jika tidak, bagaimana kita diterima, mengepalai parti - parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah.

61. Tegasnya , saya ulang,... UMNO BUKAN ANTIKAUM CINA. Tetapi ternyata , kaum Cina dan sebahagian juga kaum India, turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan PEMBOHONGAN pembangkang.

62. UMNO sebetulnya is above all,... kerana kita selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi.

63. Bercakap soal persepsi contohnya lagi , pada Pilihan raya Umum yang lalu , pembangkang memainkan pelbagai berita palsu bagi memburukkan imej parti dan Kerajaan di mata rakyat .

64. Direka-rekanya , cerita bohong 40 ribu pengundi hantu 'diimport' dari Bangladesh.

65. Ditambah lagi , dengan tuduhan kononnya dakwat kekal yang digunakan mudah luntur dan boleh pula dikikis.

66. Malah, pada pagi PRU Ke -13 itu, sekitar hampir jam 4 pagi, ada seorang pemimpin pembangkang , telah menyebar maklumat yang MENIPU rakyat bahawa, pihak mereka telah pun menang pilihan raya.

67. Macam mana dia kata dah menang, pilihan raya pun belum bermula lagi pagi itu. Bak kata oghang Perak "nampak benor menipunya".

68. Inilah dia modus operandi pembangkang. Kalau tak percaya, tengoklah PRU Ke -14 nanti, mereka akan terus BERBOHONG lagi, macam - macam isu bakal mereka timbulkan, bahkan akan bertindak lebih agresif, lebih cunning , semata - mata untuk meraih sokongan rakyat.

Saudara dan Saudari,

69. Lantas demikian, ini adalah realiti yang sedang berlaku. Contohnya di dalam parti, pagi dan petang di warung kopi, di mesyuarat cawangan dan bahagian, kita tidak lepas dari membicarakan tentang siapa sebenarnya yang menyokong kita ? Dan siapa yang akan pangkah kita dalam pilihan raya?

70. Justeru, kita sedang berhadapan dengan isu para pengundi yang terbahagi kepada beberapa kelompok.

71. Satu, tentunya ahli parti yang menunaikan tanggungjawab mengundi parti kita. Keduanya pula , adalah mereka yang mengundi pihak lawan.

Ketiga , yakni kelompok yang sangat penting untuk kita santuni, dekati dan menangi hati mereka adalah , sekelompok pertengahan yang tidak memihak kepada sesiapa, atau lebih tepat, disebut sebagai THE PERSUADABLE VOTERS .

72. Lantaran itu , kepada kelompok ini yang sangat signifikan undinya , usaha - usaha untuk menawan dan memujuk hati mereka perlu menjadi antara agenda utama kita , melalui pelbagai bentuk kempen dan pendekatan yang sewajibnya dijalankan.

Saudara dan Saudari Sekalian,

73. Dua malam lalu, Saya turut mengamati ucapan perasmian Sayap - Sayap parti oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , sahabat serta Timbalan saya yang setia lagi baik budi , yang bertajuk, 'LEMBAYUNG ARJANA BANGSA' .

74. Semalam pula , Saya telah berkesempatan mengamati ucapan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ketua Wanita , Yang Berhormat Ketua Pemuda dan Yang Berhormat Ketua Puteri UMNO.

75. Apa yang dapat saya rumuskan , kesemuanya telah berjaya dengan begitu baik sekali, dalam menyentuh isu-isu dan cabaran-cabaran utama, sebagai persediaan akhir menghadapi pilihanraya umum nanti serta amat FAHAM akan TUJUAN , matlamat tersurat lagi tersirat perhimpunan agung kali ini.

76. Makanya, selaku Presiden dan Perdana Menteri, ucapan saya akan terus merentasi segala yang telah diutarakan seraya menjadi kesimpulan kepada semuanya.

77. Untuk itu, sebagai intisari, saya akan menyorot kembali pelbagai Transformasi yang kita telah hasilkan dalam konteks yang lebih besar , merangkumi KESELURUHAN KEJAYAAN SERTA PENCAPAIAN YANG TELAH DIRAIH OLEH UMNO, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN, SEPANJANG 8 TAHUN KEPIMPINAN INI .

BAHAGIAN III : SOROTAN 8 TAHUN KEPIMPINAN PARTI , BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN

TRANSFORMASI UMNO, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN

Saudara dan Saudari,

78. Hakikatnya , sejak saya memimpin parti UMNO , Barisan Nasional dan Kerajaan, bermula 26 Mac 2009, dan kemudiannya , pada 3 April 2009, menjawat kedudukan sebagai Perdana Menteri , tanpa berlengah - lengah, telah melancarkan pelbagai Transformasi Strategik , di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN, yang digagaskan secara rasminya pada 2010 .

79. Dalam UMNO, pertama sekali, kita telah melakukan Transformasi Politik yang PALING BERANI ,... PALING DEMOKRATIK, ... dan TIDAK PERNAH DIBUAT SEBELUM INI DALAM SEJARAH PARTI.

80. Tujuh pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO tahun 2009, bagi membuka ruang pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150 ribu ahli , demi mempastikan UMNO terus dinamik, inklusif , dan relevan sampai bila - bila.

81. Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu , yang hanya dikuasai oleh PENASIHAT dan DINASTI ANAK - BERANAK .

82. Jadinya,... di mana 'demokrasi' yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP , hanya 54 peratus sahaja yang hadir.

83. Ini tak masuk lagi cerita 'parti Bunga Raya ' atau istilah dulu-dulu, ... Kembang Sepatu , yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang bekas Negarawan.

84. Mudah kataa ,... Kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu manaa ,... nak uruskan negara?

85. Cuma, bila sampai Pilihan raya nanti , kalau masih belum selesai lagi hal mereka ikut perlembagaan yang digubal mereka sendiri, yang ditentukan mereka sendiri, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya Kerajaan ,... kan?

86. Selain itu, parti Bunga Raya ini , bukan nak mengata, maaf cakaplah,... kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya,...

Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan 'perkakas' oleh DAP yang terang-terang - , yang dikatakan mereka sendiri dahulu, parti Anti-Melayu dan Islam, sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP , langsung tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan , bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.

87. Bercakap tentang Mahathir pula, dulu,... di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa, ... MELAYU MUDAH LUPA, namun pada kita , this man has crossed the line , ...

Apabila tergamak bersubahat dan bersekutu , dengan 'musuh politik ' dan 'musuh prinsip ' beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya - sanya untuk memenuhi TEMBOLOK AGENDA KEPENTINGAN PERIBADI DAN KELUARGA SEMATA - MATA.

88. Sememangnya, pepatah lama sudah menyebut, mana mungkin Minyak dan Air bersatu.

89. Jelasnya , MELAYU MUDAH LUPA itu merujuk kepada dirinya sendiri, kerana , orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua , Insya-Allah tidak sesekali menjadi MELAYU YANG MUDAH LUPA seperti mereka!!!

Saudara Saudari, Rakyat Malaysia Sekalian,

90. Hampir dua bulan lepas, Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional, kita telah mampu membentangkan sebuah Bajet yang disegani kawan dan lawan , sebagai, 'IBU SEGALA BAJET', dengan peruntukan terbesar , paling inklusif , tidak pernah seumpamanya .

91. Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus dijadikan Agenda Nasional melalui Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera.

92. Antara hasilnya, inisiatif Carve Out and Compete kepada Bumiputera, mencapai nilai kontrak lebih 61 bilion ringgit .

93. Ini membuktikan bahawa, kontraktor - kontraktor Bumiputera semakin berdaya saing dan berkeupayaan . Projek MRT yang bertaraf dunia , bukan sahaja berupaya disiapkan lebih awal daripada jadual , tanpa pula menjejaskan kualiti , malah, berjaya menjimatkan lebih 2 bilion ringgit .

94. Sememangnya, MRT ini merupakan 'success story' dan menjadi 'eye opener' sebagai lambang kepada transparency, bukti kebolehan anak-anak bangsa kita, di pelbagai bidang kejuruteraan. Mereka boleh berjaya...Syabas diucapkan!

95. Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat , East Coast Rail Link dan High Speed Rail yang bakal dibina. Bagi urang - urang Sabah dan Sarawak pula, projek Lebuh raya Pan Borneo sepanjang 2,325 kilometer dengan kos hampir 30 bilion ringgit, yang dimanfaati oleh anak-anak peribumi dan Malaysia ,� akan tatap kita jayakan.

Saudara, Saudari Rakyat Malaysia Sekalian,

96. Sesungguhnya, Kerajaan Barisan Nasional tunjangan UMNO, amat cakna dan peduli kepada kepentingan seluruh lapisan rakyat.

97. Kepada kaum Cina turut disalurkan peruntukan antaranya , pendidikan, manfaat daripada pelbagai pinjaman perniagaan serta pengurangan cukai .

98. Terhadap kaum India pula , kita lancarkan Malaysian Indian Blueprint , yang akan mengarus perdanakan dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi kaum India secara komprehensif .

99. Buat pertama kalinya pula, kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun k ecil, penternak dan penoreh getah, saya telah mengumumkan, peruntukan paling besar sebanyak 6.5 bilion ringgit.

100. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, sejak 8 tahun pentadbiran ini , telah mencecah hampir 63 bilion ringgit.

101. Selain itu , sebanyak 6.5 bilion ringgit lagi disediakan untuk infrastruktur asas , yang membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup , lebih 6.2 juta rakyat Malaysia di luar bandar, termasuklah Sabah dan Sarawak .

102. Inilah, bak kata cerdik pandai, kejayaan UMNO dan Barisan Nasional, mentadbir dan memacu kejayaan Malaysia, amat terang lagi bersuluh, bukan bersuluh batang pisang, bahkan bersuluh bintang dan matahari.

Saudara dan Saudari,

103. Sedangkan, ... sedangkan,... parti pembangkang kononnya memperjuangkan hal ehwal rakyat, tetapi hanya sibuk bersandiwara,...

104. Sebab itulah , dalam Parti Pembangkang, timbul pertembungan empat nakhoda, ada Ketua Umum, ada Pengerusi, ada Presiden dan ada pula jawatan Penasihat. Kalau kemelut dalaman parti sendiri pun tak boleh diselesai-selesai, cuba bayangkan ,... macam mana mereka nak ambil alih pentadbiran negara ini.

105. Kisahnya , Presiden PAS sendiri pun menyebut, dalam Pakatan Harapan ada pemimpin 'PENYANGAK' . Ini bukan kita yang kata. Kerananya, parti PAS pernah bergabung dengan PKR dan DAP, maka tentu sekali , mereka lebih tahu, siapa PENYANGAK , dan siapa sebenarnya Pemimpin Sejati.

106. Berbeza sekali dengan amalan UMNO dan Barisan Nasional. Melalui pelbagai Transformasi Politik yang telah dibuat, kita mengamalkan pendekatan PERSUASIVE dan UNIFIER atau MEMUJUK dan MEMPERSATU,... demi memperkukuhkan parti serta Kerajaan .

107. Dalam kata lain, UMNO dalam usia lebih tujuh dekad semakin matang dan mengamalkan politik sihat serta cenderung kepada politik PEMERSATUAN , yang tidak confrontational atau berwatak 'kaki gaduh', apatah lagi untuk mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan .

Saudara dan Saudari,

108. Dari sudut ekonomi , bagaimana pembangkang tak habis - habis menyebar fitnah , kononnya Malaysia is a failed state dan bakal bankrap.

109. Sedangkan faktanya, pertumbuhan KDNK negara pada suku ketiga tahun 2017 ini, berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.

110. Bahkan kedudukan ekonomi sekarang , terbukti jauh lebih baik daripada KDNK negara pada 1998, iaitu penurunan -7.4 peratus, di zaman pimpinan bekas negarawan itu.

111. Manakala, Rizab antarabangsa terkini pula sebanyak 429 bilion ringgit , berbanding 1997 /1998 , ketika kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanyalah 59.1 bilion ringgit ,...

112. Fikirlah sendiri, ... kalau rizab serendah 59.1 bilion ringgit , belum campur 31 bilion ringgit, yang hilang entah ke mana, pun negara masih tidak dituduh bankrap .

Saudara dan Saudari,

113. Sesungguhnya lagi, kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh negara kita bukanlah cakap- cakap kosong , sebaliknya, fakta-fakta pencapaiannya, telah diiktiraf oleh Badan-Badan Penarafan , bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi di persada antarabangsa.

114. Terkini , menurut Global Competitiveness Report 2017/2018 oleh World Economic Forum, Malaysia berada pada kedudukan ke - 23 di dunia, sekaligus merupakan Top Emerging Economy in this region .

Saudara dan Saudari,

115. Dalam bidang pendidikan pula , bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah adalah percuma. Manakala, di Peringkat Universiti atau pengajian tinggi, 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh Kerajaan.

116. Hasilnya, QS University Ranking 2017/2018 melaporkan pula , lima buah Universiti Penyelidikan di Malaysia, tersenarai antara satu peratus terbaik dunia, ... Syabas kepada warga pendidikan tinggi!

117. Dalam hal ini, pernyataan pihak pembangkang untuk memberikan pendidikan tinggi percuma , ternyata tak mampu mereka laksanakan. Sedangkan Universiti Selangor , milik Kerajaan negeri, di mana kita tahu, yuran pengajian pelajar dan lain - lainnya masih tidak percuma, malah saya diberitahu tinggi jua.

Tengok,... hah,... satu lagi PEMBOHONGAN . Siapa yang kena bohong? Rakyat,...!!! Ini yang kita tidak mahu!

118. Selanjutnya saudara-saudari, semenjak 2010, Kerajaan memperuntukkan melebihi 192 bilion ringgit untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat.

119. Kini, kita sudah ada 356 buah Klinik 1Malaysia, yang telah menerima 26.7 juta pengunjung. Bayangkan ,... mana nak ada negara dalam dunia yang memberikan perkhidmatan kesihatan serendah satu ringgit sahaja? MELAINKAN , KERAJAAN PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL .

120. Ubat pun kadang - kadang sampai 'satu genggam' diberikan.

121. Ini belum dikira bersalin di Hospital Kerajaan , yang hanya mengenakan bayaran serendah 50 ringgit sahaja , berbanding di Hospital Swasta yang kos puratanya sekitar RM5,000 .

122. Laginya, bagi setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018, Kerajaan akan hadiahkan 200 ringgit dalam bentuk Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, yakni skim yang pertama kali diperkenalkan .

123. Saudara-Saudari,... dalam bab ini, Saya diberitahu oleh Ketua Puteri bahawa, para Puteri akan menjadi antara penyahut tegar kepada seruan ADAM50. Tapi,... Wanita pun ramai yang boleh lagi tu ,...

124. Di sudut lain, sejak Program Transformasi Kerajaan dilaksanakan pada tahun 2010, pelbagai hasil kejayaan , telah muncul satu persatu.

125. Contohnya UTC , yang menjadi game changer dalam Perkhidmatan Awam, turut diakui sebagai model terbaik perkhidmatan Kerajaan di peringkat dunia

126. UTC ini dipuji ramai kerana , Pusat Khidmat Sehentinya, mampu beroperasi dari pukul 8 .30 pagi hingga 10 malam, 7 hari seminggu.

127. Kita berbangga dan bersyukur, mana ada negara lain di dunia , yang mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan ,... MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL .

128. Di sisi lain, sejak BR1M diperkenalkan, lebih 25 bilion ringgit telah kita agih - agihkan. Ini belum termasuk pemberian BR1M tahun 2018, sebanyak 6.8 bilion ringgit , memanfaatkan lebih 7 juta penerima , sehingga jumlah mencapai 1,200 ringgit seorang .

129. Tentang BR1M ini pun , dulu dituduhnya kita merasuah rakyat, tapi sekarang sudah terbalik , dan membuat U - turn, jika mereka memerintah, konsep subsidi bersasar BR1M yang kita buat , akan ditiru pulak pelaksanaannya.

Inilah perangai depaaa ,... apa namaaa ,... Asyik dok U - turn, U - turn, dan U - turn,...

130. Selanjutnya, kita telah wujudkan pula lebih 180 buah Kedai Rakyat 1Malaysia , yang menjual barangan keperluan pada harga yang lebih rendah . Pada tahun hadapan, kita akan tambah baik KR1M kepada KR1M 2.0 , yang saya akan lancarkan sendiri tidak lama lagi.

Saudara dan Saudari,

131. Bercakap soal GST pula , terbukti ia menjadi penyelamat ekonomi kita, kerana tanpa kutipan GST 41 bilion ringgit , bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

132. Sebaliknya, pihak pembangkang sampai hari ini, masih tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi zero-rated ,terbaru, Lim Guan Eng pulak, mintak separuh - separuh diberi kepada Kerajaan Pulau Pinang dan ada pulak pendapat , nak kembali kepada SST,�

133. Hrmm, itulah dia pembangkang, macam saya sebut sebelum ini ,THE ONLY THING CONSISTENT WITH THEM AS THE OPPOSITION IS THAT, THEY ARE CONTINUOUSLY INCON SISTENT.

Saudara dan Saudari,

134. Berkenaan hal tol , dalam Bajet 2018, Kerajaan Barisan Nasional bersetuju memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor .

135. Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat.

Pulak dah! Satu lagi PEMBOHONGAN

136. Sedangkan dulu, bukankah Mahathir itu 'Bapa - Segala - Tol' ,...

Saudara dan Saudari,

137. Kepada rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda, setakat ini, Kerajaan sudahpun mewujudkan 2.26 juta pekerjaan, dengan sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020 .

138. Malah, di era Digital Economy, dengan pelancaran DFTZ, menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara China, dijangka mampu mewujudkan lebih 60 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu kepada anak-anak muda .

139. Selain itu, pembangunan Tun Razak Exchange, dijangka akan menjana 40 bilion ringgit kepada ekonomi dan membuka 40 ribu peluang pekerjaan.

140. Pembangunan Bandar Malaysia pula , dijangka menjana sekitar 170 bilion ringgit , dengan mewujudkan lebih 200 ribu peluang pekerjaan , yang bakal menjadi satu Bandar Pintar Termoden di rantau ini.

141. Di samping itu, melalui pembangunan Menara Warisan Merdeka - PNB , bakal mencipta rantaian ekonomi be rjumlah 11 bilion ringgit dan mewujudkan lebih 10 ribu peluang pekerjaan baharu . Menara setinggi 118 tingkat ini , setakat ini dijangka akan menjadi bangunan KE - TIGA TERTINGGI DI DUNIA.

Saudara dan Saudari,

142. Sememangnya, Kerajaan pimpinan UMNO ini, akan terus mempertinggikan Islam dan Syiarnya berasaskan kerangka Maqasid Syariah, yang mengikut tiga keutamaan, iaitu :

143. Dho’ - ru - riyat , yakni keperluan asas utama, Haa - Ji - Yat yakni, perkara yang diperlukan oleh manusia , supaya tidak berlaku kesulitan kehidupan serta ketiganya, Tah - si - niyat yakni, sesuatu yang sekadar menjadi penghias untuk kesempurnaan hidup.

144. Demikianlah juga, Prinsip Wasatiyyah , dalam memajukan negara, sehingga Malaysia sekarang, diiktiraf dunia, sebagai sebuah model negara Islam yang maju, progresif lagi dinamik.

145. Lantaran, di peringkat antarabangsa, Kuala Lumpur mengamalkan dasar berbaik - baik dan terbuka dengan negara - negara luar, terutamanya kuasa - kuasa besar seperti China, Amerika Syarikat, Jepun, India dan Arab Saudi.

146. Terkini, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr. Saleh A-lu Talib, yang melawat Malaysia, minggu lepas, menyatakan pandangan bahawa, dalam hal memperjuangkan Islam dan Syiarnya dalam kalangan masyarakat majmuk, SESUNGGUHNYA MALAYSIA , BERADA PADA LANDASAN YANG BETUL LAGI BENAR.

147. Ujar beliau lagi, sambil memuji prinsip TAWAZUN atau pendekatan WASATIYYAH yang diamalkan, di mana pendekatan Malaysia menolak fahaman ekstremisme seperti IS dan Daesh, namun tidak j uga berpegang kepada aliran yang terlalu liberal.

148. Dek kerana itulah, negara ini jelasnya, bukan sekadar menjadi HARAPAN umat Islam di rantau sebelah sini, malah dipandang tinggi oleh Dunia Islam seluruhnya.

149. Dalam erti kata lain, Malaysia adalah THE TRUE FACE OF ISLAM , di mana THE PEACEFUL CO - EXISTENCE OF DIFFERENT FAITHS... MAMPU BERLAKU DI MALAYSIA, DAN TIDAK MUDAH DILAKSANAKAN DI NEGARA ISLAM YANG LAIN.

150. Di sudut ini juga, kita mengatur syukur apabila skor Indeks Syariah Malaysia pada tahun ini terus meningkat kepada 76.06 peratus.

151. Pada sisi kemanusiaan pula , Malaysia akan terus prihatin dan berperanan aktif di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah kita di serata dunia, umpamanya di Myanmar dan di Palestin.

152. Menariknya lagi, kita adalah negara pertama di dunia yang menyediakan Field Hospital atau Hospital Medan di Cox’s Baazar, Bangladesh, khusus untuk pelarian etnik Rohingya.

Tan Sri Pengerusi Tetap, Saudara - Saudara Seperjuanganku Sekalian

153. Sesungguhnya ,... UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali berkompromi dengan apa - apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya Agama Islam serta Syiarnya , bukan sahaja di tanah air ini , bahkan di seluruh pelusuk dunia.

154. Jadinya, minggu ini pabila kita dikejutkan dengan cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci Umat Islam , yakni Baitul Maq-dis sebagai Ibu Negara Israel, saya yakin dan percaya , mana mungkin kita sebagai Umat Islam dapat menerimanya sampai bila - bila.

155. Makanya, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli - ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang - lantangnya ,... agar dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia, bahawa,...

KITA MENOLAK SEKERAS - KERASNYA CADANGAN MENJADIKAN BAITUL MAQ - DIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL SAMPAI BILA - BILA.

Justeru,...

Ya Allah Ya Tuhan, ...

Kami berlindung denganMu dari kejahatan musuh kami,...

DiKau satukanlah hati - hati kami, ...

DiKau cerai - beraikan himpunan mereka ,...

DiKau pisahkan lah kesatuan mereka, ...

dan ,...

Ya Allah,...

DiKau goncangkan serta hancurkan lah perancangan mereka.

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Saudara dan Saudari,

156. Berkait soal ini juga , Saya bersependapat dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , dalam ucapannya menyebut bahawa , kita perlu ‘buta warna’ dalam hal kemanusiaan. Sebab itulah, kita mempraktiskan amalan BER - MUSYAWARAH DALAM UMNO SERTA BARISAN NASIONAL SEBAGAI SEBUAH KELUARGA BESAR.

157. Bagai dimadah Melayu lama, jika tidak sebanyak, ... sedikit pun jadilah jua, ... satu perjuangan bukan sahaja dari SUARA UMAT ISLAM Malaysia, malahan, suara kemanusiaan dunia yang diwakili Kerajaan Malaysia Pimpinan UMNO.

158. MANAKALA DENGAN PARTI PAS, ... Saudara - Saudari,... PENDIRIAN KITA AMAT JELAS IAITU , HUBUNGAN KITA DENGAN MEREKA ADALAH TERASAS, DEMI KEPENTINGAN UMMAH dan ISLAM, SEKALIPUN PANDANGAN POLITIK TETAP BERBEZA.

Saudara dan Saudari,

159. Berbalik kepada hal mempertinggikan Syiar Islam , Kerajaan pimpinan UMNO, sejak bertahun - tahun, terus memberi bantuan sewajarnya kepada para Imam, Bilal, Guru KAFA, Guru Takmir, termasuk juga Tok Siak , yang kesemuanya berjumlah lebih 65 ribu orang .

160. Kerajaan juga akan terus membangun, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara pusat - pusat Tahfiz di seluruh negara, menerusi GIAT MARA, dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit supaya ia lebih selamat, kondusif dan selesa.

 

 

 

Sumber : BERNAMA