Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

PM Lancar Kempen Perangi Fitnah Media Sosial

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan kempen Perangi Fitnah Media Sosial untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan kesan-kesan penularan berita palsu terhadap sosial, ekonomi dan keselamatan negara.

Kempen anjuran Biro IT UMNO itu merupakan satu usaha untuk menghentikan penyebaran sebarang fitnah terhadap individu, pemimpin, kerajaan, kementerian, agensi, badan bukan kerajaan dan lain-lain.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Pengerusi Biro IT UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Pada majlis di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra itu malam ini, Datuk Seri Najib, yang juga Presiden UMNO, turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan infografik dan videografi Bahagian UMNO.

UMNO Bahagian Lembah Pantai muncul johan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500, sebuah komputer riba, piala dan sijil manakala naib juara jatuh kepada UMNO Bahagian Kota Kinabalu dan tempat ketiga dimenangi Kuala Terengganu.

(Sumber - Bernama)