Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Malaysia Tingkat Kawalan Sempadan, Sekat Kumpulan Daesh Cari Perlindungan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR  - Malaysia memperketat kawalan sempadannegara sebagai langkah menyekat kemasukan anggota kumpulan militan Daesh yang terdesak mencari perlindungan setelah kubu mereka di Timur Tengah digempur tentera bersekutu. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata walaupun tiada laporan mengatakan ada pergerakan anggota Daesh ke Asia Tenggara namun langkah berjaga-jaga perlu diambil khasnya di kawasan yang dikuasai pemberontak yang cenderung menyokong kumpulan tersebut.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menutup ASEAN Pink Dialogue 2016 di sini.

Beliau berkata kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina yang berbaiah dengan Daesh perlu diberi perhatian supaya ia tidak menawarkan mereka tempat perlindungan.