Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:44 AM UTC, Apr 19, 2019

TH harap kerajaan Arab Saudi dapat pertimbang kuota haji tambahan kepada jemaah Malaysia tahun ini

KUALA LUMPUR  - Lembaga Tabung Haji berharap kerajaan Arab Saudi dapat mempertimbang kuota haji tambahan kepada jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, sekiranya khabar baik diterima, ia menjadikan tempoh menunggu jemaah haji Malaysia menjadi singkat.

 

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Jelas Datuk Seri Zukri, Tabung Haji telah menerima 113 ribu rayuan haji setakat ini, namun pihaknya akan memberi keutamaan kepada golongan warga emas dan mereka yang telah berdaftar lebih awal.

Menyentuh mengenai pelan pemulihan Tabung Haji, beliau positif masa depan TH akan berkembang baik berdasarkan kedudukan kewangan semasa, sekali gus mampu memberi pulangan yang lebih tinggi kepada para pendeposit. 

((RTM))

 

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 0