Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

BN Perlu Diberikan Kuasa Teruskan Agenda Pembangunan Luar Bandar - PM

Foto - Bernama

LIPIS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan kuasa politik bagi meneruskan agenda pembangunan luar bandar yang masih belum selesai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyifatkan agenda pembangunan luar bandar sebagai 'dekat di hatinya' kerana dimulakan oleh ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri berharap supaya beliau diberikan kemenangan untuk meneruskan kesinambungan perkara itu.

Beliau berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Pada majlis itu, Datuk Seri Najib juga meluluskan peruntukan untuk menaik taraf loji rawatan air Benta dan pembinaan sebuah kompleks sukan di Kechau di sini, yang dianggarkan bernilai RM10 juta.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah pertembungan antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi merupakan pertandingan di antara BN yang ditunjangi UMNO dan pembangkang diterajui DAP.

Datuk Seri Najib juga menempelak pembangkang kerana mencerca orang miskin yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan menyamakan mereka seperti 'ayam dan itik' namun pada manifesto mereka memberi jaminan untuk meneruskan pemberian bantuan tunai itu.

((BERNAMA))

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Semasa
  • Jumlah paparan: 71