Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Kes 'Black 505': Nik Nazmi Didakwa

Shah Alam - Exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunan 'Black 505' tanpa kebenaran di Stadium Kelana Jaya di Petaling Jaya, kira-kira tiga tahun lepas.

Nik Nazmi, 34, yang didakwa untuk kali ketiga bagi kesalahan itu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ghazali Cha.

Mengikut pertuduhan, Nik Nazmi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran program 'Black 505' di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di Petaling Jaya pada 8.30 malam, 8 Mei 2013.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum menurut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 218