Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Kedah Sasar RM94 Juta Setahun Melalui Semakan Dan Pelarasan Cukai Sewa Tanah

Alor Setar -  Kerajaan negeri Kedah menyasarkan hasil cukai negeri berjumlah RM94 juta setahun melalui semakan dan pelarasan kadar cukai sewa tanah tahun 2015 yang mula berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, unjuran pertambahan hasil yang ketara adalah daripada sumbangan kategori industri iaitu sebanyak RM24.4 juta diikuti kategori pertanian iaitu RM21.6 juta.

Semakan itu yang telahpun dibahas dan diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu katanya merupakan pendekatan perubahan terhadap struktur cukai yang lebih mudah dan praktikal.

Malah katanya ia selaras dengan Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965 yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk mengenakan mana-mana tanah beri milik dibayar cukai mengikut kadar piawaian.

Kali terakhir cukai sewa tanah di negeri ini disemak ialah pada 2005.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 196