Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

Kes Denggi Di Perak Catat Penurunan Bagi Tempoh 1 Hingga 9 Jan

Ipoh - Kes demam denggi di Perak mencatat penurunan iaitu 126 kes bagi tempoh 1 hingga 9 Jan berbanding 349 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata tiada kes kematian akibat denggi dicatatkan dalam tempoh tersebut.

"Perak berada di tangga keenam mencatatkan jumlah kes demam denggi di seluruh negara," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antidenggi di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Beliau berkata tumpuan kini diberikan kepada lapan kawasan iaitu Teluk Kurin A, Taman Pertama, Taman Menglembu, Impiana Adril, Buntong 2, Taman Mewah, Rapat Desa Changkat dan Taman Tasek Berlian kerana didapati lokaliti titik panas wabak denggi.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 365