Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

Syarikat Utiliti Tanggung Kos Turap Jalan Yang Dikorek - DBKL

Kuala Lumpur - Mulai tahun ini, syarikat utiliti tidak lagi dibenarkan membuat kerja-kerja menurap jalan yang telah dikorek sebaliknya ia akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan kos ditanggung syarikat utiliti berkenaan.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL Sabudin Mohd Salleh berkata langkah itu bertujuan mengelak masalah jalan berlubang dan turapan tidak sempurna oleh syarikat utiliti.

"Mereka kadang-kadang turap dengan kaedah tidak betul, itu yang menjadikan masalah jalan tidak rata dan mengakibatkan jalan yang diturap berlubang dalam tempoh singkat.

"Oleh itu, biarlah DBKL yang laksanakan dan mereka (syarikat utiliti) tanggung kos itu," katanya kepada Bernama.

DBKL melantik 24 kontraktor untuk membantunya menurap jalan yang dikorek syarikat utiliti.

Mengikut laporan Bajet DBKL 2016, DBKL memperuntukkan lebih RM100 juta bagi mengurus jalan raya dan saliran di Kuala Lumpur.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 340