Monday, December 9, 2019
updated 4:42 AM UTC, Dec 9, 2019

Abang Nancy Shukri Meninggal Dunia

Kuching - Abang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, meninggal dunia akibat kanser tekak di Hospital Umum Sarawak, di sini pagi tadi.

Allahyarham Daniel Shukri, 58, anak ketujuh daripada 11 beradik meninggal dunia kira-kira 8.40 pagi selepas seminggu dimasukkan ke hospital itu.

Setiausaha akhbar Nancy, Syeliza Basri ketika dihubungi berkata sebelum ini arwah telah beberapa kali menerima rawatan akibat kanser tekak tahap empat.

Syeliza berkata sejurus dimaklumkan mengenai perkara itu, Nancy yang dalam perjalanan menghadiri mesyuarat kabinet di Putrajaya bergegas pulang ke Sarawak pagi ini dan kini berada di Kuching.

Menurut Syeliza, jenazah Daniel dibawa pulang ke kediamannya di Samariang dan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Samariang petang ini.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 217