Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Mahasiswa, Universiti Perlu Miliki Minda Emas - Idris

Nilai - Mahasiswa dan universiti perlu memiliki 'minda emas' yang akan menentukan kejayaan seseorang individu atau organisasi di masa hadapan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.  

Mengambil contoh semangat jaguh berbasikal trek negara Mohd AzizulhasniAwang yang memenangi gangsa di Sukan Olimpik Rio, beliau berkata anak muda itu telah mempamerkan minda emas sehingga berjaya memperoleh pingat.      

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian serentak Bengkel Pemikiran Profesor Dalam Membentuk Bangsa Melayu Pasca 2020 dan Institut Kepimpinan dan Pembangunan Universiti Teknologi Mara.       

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman.   

Idris turut menarik perhatian dengan apa yang diluahkan Azizul kepada jurulatihnya selepas memenangi gangsa.  

"Saya terkejut apabila Azizul dapat pingat gangsa, dia kata maaf kepada jurulatihnya, saya tidak boleh bagi kamu emas. Ini kerana Azizul mempunyai minda
emas.   

Menjelas lanjut sidang media kemudiannya, Idris menjelaskan bahawa minda emas bukan sahaja perlu dimiliki oleh golongan atlet, sebaliknya semua
rakyat di negara ini.   

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 173