Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Pendaki Solo Guna Pengalaman Bakar Semangat Anak Muda

Taiping - Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rasid, yang berjaya menawan tiga puncak Himalaya tahun lepas, mahu menggunakan pengalaman dimiliki untuk mendorong lebih ramai anak muda mencipta kejayaan tersendiri.

Bapa kepada tiga anak itu berkata pemilihannya sebagai ikon Sekolah Menengah Kampung Perak, Batu Kurau di sini, merupakan satu penghargaan dan akan digunakan sebaik mungkin.

"Saya kagum kerana sekolah ini mewujudkan sebuah galeri menempatkan gambar dan sejarah pendakian saya untuk menyuntik semangat kepada pelajar," katanya beliau.

Khairil Aslan, 40, yang merupakan anak jati Batu Kurau mengulangi azamnya untuk melakar sejarah menjadi pendaki solo yang berjaya menawan tujuh puncak di tujuh benua dalam tempoh setahun, mulai tahun ini.

Katanya tujuh puncak itu adalah puncak Aconcagua di benua Amerika Selatan, puncak Carstensz Pyramid di benua Australasia dan Gunung Kilimanjaro di Afrika.

Turut menjadi 'idaman' pendaki solo itu adalah Gunung Vincon di Antartika; Gunung Denali di Amerika Utara, Gunung Everest di Eurasia dan Gunung Mauna Kea di Kepulauan Pasifik.

Khairil Aslan berkata hasrat untuk menakluk tujuh puncak di tujuh benua itu lahir, berikutan kejayaan ekspedisi solonya menawan tiga puncak Himalaya iaitu Puncak Maru, Lobuche dan Island dalam tempoh sebulan tahun lepas.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 239