Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 Malaysia kekal 22 kes

PUTRAJAYA, 25 Feb - Sehingga hari ini jumlah kumulatif kes positif COVID-19 dalam negara kekal 22 kes.

Daripada jumlah itu seramai 20 orang telah pulih sepenuhnya.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika ini hanya 2 orang masih berada dalam wad melibatkan kes-16 dan kes-22.

Jumlah pesakit di bawah pengawasan pula setajat ini adalah 796 kes.

Dalam perkembangan lain, misi kedua untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China akan diteruskan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan penerbangan khas menggunakan pesawat AirAsia dijangka tiba di sana pada 6 pagi esok.

75 rakyat Malaysia akan dibawa pulang pada misi ini seperti yang dimaklumkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kesemua mereka akan dibawa terus ke bangunan Unit Kecemasan Udara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik sahaja pesawat mendarat di KLIA sebelum dihantar ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Negeri Sembilan untuk dikuarantin selama 14 hari.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Nasional
  • Jumlah paparan: 135