Tuesday, 18 January 2022

updated 4:45 AM UTC, Jan 18, 2022

Tiada kompromi kes buli dalam kalangan anggota tentera - Datuk Seri Hishammuddin

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 4 Disember - Tiada kompromi terhadap isu buli dalam kalangan anggota tentera.

Itu tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa pihak terlibat tampil memberikan maklumat supaya siasatan menyeluruh dapat dibuat.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 di ibu negara.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar mesej seorang individu yang dimuat naik melalui Twitter mendakwa adiknya iaitu seorang anggota tentera yang tinggal dalam kem bujang dipukul dan dibuli sekumpulan anggota senior.