Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

Program Jualan Keluarga Malaysia bermula Sabtu ini, fokus kawasan penduduk B40 dan M40

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Situasi kenaikan harga barang membawa kepada pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia.

Program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu bermula hari ini di Lembah Pantai, ibu negara.

Seterusnya program tersebut akan diadakan secara serentak di seluruh negara mulai Sabtu ini dengan memberi fokus di kawasan penduduk B40 dan M40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yaacob berkata, Program Jualan Keluarga Malaysia bakal diteruskan sehingga Februari tahun depan mengikut keadaan harga barangan di pasaran kembali stabil.

Perdana Menteri terdahulu melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia di Projek Perumahan Rakyat PPR Kerinchi.

Pelbagai barangan dijual pada potongan 20 hingga 50 peratus berbanding harga pasaran.

Antara barangan keperluan harian yang ditawarkan termasuk telur ayam, ikan segar, cili merah, bawang besar, sardin dan susu pekat manis.

Projek tersebut merupakan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM, serta pemain industri pasaraya besar termasuk AEON, Mydin, Lulu Hypermarket dan ST Rosyam Mart.