Thursday, 20 January 2022

updated 1:23 AM UTC, Jan 20, 2022

Perkahwinan bawah umur, KBS akan tingkatkan akses pendidikan untuk remaja

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Isu perkahwinan bawah umur turut dibangkitkan pada sesi pertanyaan jawab lisan.

Bagi mengatasinya, Menteri Belia dan Sukan - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya akan meningkatkan akses pendidikan untuk remaja menerusi mekanisme perundangan dan advokasi.

Turut dilaksana, program latihan dan kemahiran kerjaya, dengan tumpuan khusus kepada belia daripada keluarga B40.

Beliau turut menggalakkan remaja terlibat secara aktif dalam program pemantapan jati diri dan pembinaan karakter anjuran Kementerian Belia dan Sukan, antaranya Kem Anak Muda dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Ia berupaya mengurangkan kecenderungan remaja berkahwin awal, seterusnya mengatasi masalah perkahwinan bawah umur.

Datuk Seri Ahmad Faizal menjawab pertanyaan wakil Batu Kawan - P. Kasthuri-raani.