Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

Orang tengah punca kenaikan harga barang

  • Published in Nasional

BACHANG, 2 Disember - Orang tengah antara punca berlakunya kenaikan harga barang di Melaka.

Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan.

Bagi mengatasi isu itu. Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem menyatakan komitmen pihaknya untuk mencari penyelesaian.

Beliau, terdahulu membuat tinjauan harga barang di Pasar Besar MBMB, Bachang.

FAMA, katanya, perlu memainkan peranan penting untuk atasi masalah berkenaan, dengan membeli secara pukal dan jual terus kepada pasar Tani.