Wednesday, 26 January 2022

updated 11:57 AM UTC, Jan 26, 2022

KKM terus pantau laporan WHO varian baharu COVID-19

  • Published in Nasional

KAPAR, 28 November - Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkait varian baharu COVID-19.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan melihat kewujudan varian tersebut serta sejarah perjalanan pengembara yang disahkan positif dijangkiti Omicron.

Ia inisiatif yang diambil kerajaan dalam mempertingkat langkah pencegahan dan kawalan sempadan termasuk bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara.

Katanya tiga negara telah melaporkan kes membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan, 77 kes, Botswana, 4 kes dan Hong Kong, 2 kes.