Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

MyDIGITAL.KKMM platform Keluarga Malaysia nikmati impak pendigitalan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 25 November - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa merasmikan Program Promosi Jalur Lebar 2021 'MyDIGITAL.KKMM' yang merupakan portal setempat pelbagai perkhidmatan dalam talian untuk rakyat.

Portal MyDIGITAL.KKMM merupakan inisiatif transformasi digital negara agar seluruh Keluarga Malaysia dapat menikmati impak pendigitalan.

KKMM juga turut berharap portal MyDIGITAL.KKMM menjadi platform yang dapat memberi kesedaran tentang kepentingan jalur lebar dan memastikan impak daripada pendigitalan dapat dinikmati oleh setiap golongan dan peringkat.