Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Penjawat awam enggan divaksin, ketua jabatan akan tentukan tindakan sewajarnya

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 25 November - Bilangan kecil penjawat awam yang enggan divaksin akan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh ketua jabatan masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, penjawat awam yang bersifat tetap akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut prosedur dengan tujuh peringkat yang bermula daripada pemberian amaran, bergantung kepada tahap kepentingan sesuatu perkhidmatan.

Manakala bagi penjawat awam bersifat kontrak, tiada prosedur tatatertib terkandung dalam kontrak mereka, justeru tindakan tiada penyambungan kontrak akan dilakukan sekiranya tetap enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Beliau ditemui pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Pengurus Sumber Manusia Negeri Sembilan di Seremban.