Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Insentif penerima GKP yang tidak diluluskan, dipertimbang terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 November - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, penerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC), akan dipertimbang untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Memaklumkannya ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, beliau berkata, bantuan akan disalur secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan.

Bagi permohonan baharu dan kemas kini untuk BKM pula, tempoh pendaftaran akan dibuka bermula 1 hingga 31 Januari tahun depan.

Ia bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan, masih diberi peluang untuk memohon.