Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

SOP PRU DUN Sabah dan Melaka jadi penanda aras pelaksanaan pilihan raya lain

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Melaka akan dijadikan penanda aras bagi pelaksanaan pilihan raya yang lain dalam negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, SOP tersebut akan dikemaskini mengikut kesesuaian dan konsistensi perjalanan pilihan raya.

Beliau yang mengetuai pengurusan pandemik di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata demikian ketika ditanya adakah PRU DUN Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik dan Bugaya akan diadakan sekiranya PRU DUN Melaka berjalan lancar.