Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

AUKUS: Malaysia tetap tegas dengan pendirian

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Malaysia tetap tegas dengan pendiriannya terhadap AUKUS walaupun negara ini merupakan antara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Malaysia kekal konsisten dengan pendirian berhubung pakatan strategik keselamatan baharu Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AUKUS) yang berpotensi mengganggu gugat keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara.

Tambah beliau, pada majlis sambutan 50 Tahun FPDA dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA Ke-11 lalu, Australia dan UK telah menjelaskan peranan dan perancangan AUKUS.

Datuk Seri Hishammuddin menjawab pertanyaan wakil Bukit Bendera, Wong Hon Wai.

FPDA dianggotai Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan UK.

Ia ditandatangani lima negara terbabit pada 1971 bagi memastikan Singapura dan Malaysia mempunyai saluran bantuan sekiranya berlaku serangan bersenjata.