Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

1,116 Penduduk dipindahkan, jumlah penduduk di PPS meningkat

  • Published in Nasional

MELAKA, 22 Oktober - Perkembangan banjir di Melaka.

Jumlah penduduk di 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus meningkat.

1,116 daripada 285 keluarga dipindahkan setakat 12 tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di Melaka Tengah menempatkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 198 penduduk daripada 44 keluarga.

Ia diikuti PPS SK Taman Merdeka, 157 penduduk daripada 43 keluarga dan PPS SK Krubong seramai 131 penduduk daripada 26 keluarga.

PPS lain yang masih beroperasi di Melaka Tengah ialah PPS SMK Tun Mutahir, PPS SMK Bukit Katil dan PPS SK Batu Berendam 2.

Di Alor Gajah, PPS yang masih beroperasi ialah PPS SK Durian Tunggal, PPS SJKC Sin Wah dan PPS SK Telok Berembang.

Manakala di Jasin, PPS SMK Seri Bemban, PPS SMK Dang Anum dan PPS SJKC ShuhYen.