Saturday, 4 December 2021

updated 8:50 AM UTC, Dec 4, 2021

E-Kasih, akan sediakan data lebih tepat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Sistem pangkalan data e-Kasih akan ditambahbaik.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed, ia bagi memastikan sistem rujukan tersebut menyediakan data lebih tepat membabitkan golongan miskin dan miskin tegar.

Jelasnya, beliau turut menerima cadangan daripada beberapa ahli Parlimen untuk penambahbaikan e-Kasih.

Datuk Seri Mustapa berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran Kajian Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh di Universiti Malaya.

Sementara itu, usaha membangunkan Pangkalan Data Perlindungan Sosial, PDPS yang menyediakan data berkaitan pembasmian kemiskinan dan bantuan sosial bersepadu kini di peringkat akhir.