Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Negara anggota FPDA, suarakan komitmen jamin keselamatan serantau

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Kesemua negara anggota Pengaturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) menyuarakan komitmen terhadap lima aspek bagi menjamin keselamatan serantau bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini termasuk pengenalan aset pertahanan terbaharu generasi kelima dan peningkatan misi menentang kegananasan serta keselamatan Maritim.

Selain Malaysia, empat lagi negara anggota FPDA ialah Singapura, Australia, New Zealand dan Britain.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin, kerjasama yang memasuki tahun ke-50 ini dilihat kekal relevan untuk tempoh 10 tahun akan datang sehingga 2031 bagi memperkukuh aspek keselamatan.

Beliau berucap pada Sambutan 50 Tahun FPDA dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA Ke -11 di ibu negara.