Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Raja Pemerintah arif, bijaksana kendali tiga hak Raja Berpelembagaan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzudin Shah bertitah bahawa Raja Pemerintah yang arif tidak memerlukan sebarang tambahan kuasa jika tiga hak sebagai Raja Berpelembagaan dikendalikan secara bijaksana dan berhemah.

Tiga hak tersebut ialah hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan serta hak untuk memberi peringatan dan teguran.

Setiap istilah dan perkataan yang termaktub dalam Perlembagaan memiliki maksud tersendiri, hendaklah ditafsirkan secara bijaksana, halus, teliti dan tepat agar keadilan tidak tercicir.

Titah baginda lagi, menjadi tanggungjawab Raja Pemerintah untuk memastikan terjalin hubungan harmoni serata saling menghormati serta saling memahami antara institusi istana dengan institusi rakyat berlandaskan perlembagaan.