Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Bencana dan perubahan iklim diberi penekanan menerusi strategi utama RMKe-12

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 Oktober - Kerajaan memandang serius impak perubahan iklim dan peningkatan kesan bencana yang dihadapi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu telah diberi penekanan menerusi strategi utama yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini.

Isu perubahan iklim itu telah diberi penekanan semasa berucap di sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 September lalu.

Dapatan kajian menunjukkan impak bencana boleh dikurangkan melalui inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (DRR).

Ini termasuklah usaha mewujudkan kesedaran awam melalui inisiatif program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) yang turut dibentangkan dalam RMKe-12.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Webinar Risiko Bencana Di Era Perubahan Iklim Panel Pakar Sains dan Teknologi Untuk Pengurangan Risiko Bencana anjuran Nadma secara maya.